Ahad, 10 November 2013

Selipar dari tayar


Pertama kali melihat gambar ini, saya tersenyum lucu...
Selipar yang hampir sama dengan selipar yang abang saya guna..
dan...akhirnya terkeluar perkataan kreatif dari mulut saya..

Terpaksa dan dipaksa..
Manusia bila dalam keadaan terdesak, secara tidak 'sengaja' dia mampu jadi dan buat apa sahaja....
secara tidak langsung segala idea yang tidak relevan datang bertandang..
Terpaksa kata ya aku mesti boleh dan akan perlu buat...
Tiadala lagi perkataan "akan" atau "tengoklah nanti"..

Bagaimana mewujudkan situasi terpaksa dan dipaksa?
kebiasaannya keadaan ini akan wujud tanpa diduga, ketika kita belum bersedia...namun yang peliknya kita masih mampu untuk lakukannya.. 
Bagaimana bila kita sudah menduga keaadaanya dan cukup bersedia, pasti kita mampu lakukan jauh lebih baik?


Daripada pengalaman saya, saya cuba menukar setiap perkataan kepada saya mesti buat, saya perlu buat dan saya boleh buat...saya cuba menyingkirkan perkataan akan dan tunggula nanti...
Hasilnya saya berjaya mewujudkan suasana mendesak kepada diri sendiri...
Saya mencabar diri sendiri...saya menanamkan walau apapun saya perlu buat...saya perlu mencuba...

dan
perkara yang sentiasa ada dalam setiap tindakan:
Usaha, doa dan tawakal...


selamat mencuba...:)





0 ulasan:

Catat Ulasan