Ahad, 10 November 2013

First @ Foremost

Assalammualaikum dan salam sejahtera, seindah pembuka kata bukan sahaja dalam setiap majlis malahan dalam setiap perbualan harian kita...

Fuh.....Selesai juga buat blog! Ni sebab gila berblog ataupun memang dah gatal tangan...asyik teringat nak menaip, nak bercerita...dan akhirnya lahirla heroinmenulis.blogspot.com...ni sebab terikut-ikut cerita lama nak jadi super girl yang tidak tercapai...last-last timbul lah idea perkataan 'heroin' tersebut...huhu (ketawa sopan)

Blog ni saja 'dilahirkan' untuk berkongsi cerita...apa yang baik dapatla diamalkan bersama dan yang tidak baik tu boleh la diperbetulkan...

Mengenai saya...saya hanyala seorang manusia, hamba Allah , orang kampung, bekerja di sekolah, memakai tudung dan yang penting hanyalah insan biasa yang sedang meniti kehidupan seperti manusia-manusia yang lain...insan yang adakalanya membuat kesilapan, terjatuh dan gagal...semoga Allah akan terus memberi kekuatan dalam setiap langkah...insyaAllah....:)

0 ulasan:

Catat Ulasan