Rabu, 13 November 2013

Suami cikgu

" Saya minta maaf...lambat sikit, tadi hantar isteri ke klinik...demam" Cikgu R tersenyum memasuki dewan peperiksaan..

"Takpa cikgu...student pun ada sorang je ambil paper hari ni...." Jawabku.

"Tu pun masih ada dalam kereta....saya angkut je sekali p sekolah" Cikgu tadi tersengih..

"Haaa....eh, cikgu hantarla dia dulu....kesian dia..." Aku terkejut....ada lebih kurang 2 jam lagi paper nak habis....

"Takpa....dia ok...biar berpeluh sikit..." Jawabnya lagi sambil mengemas-ngemas kertas di atas meja pengawas peperiksaan..." Nasiblah dapat isteri yang memahami tugas kita cikgu....kalau tak..."

Hu.....ingat senangka nak jadi cikgu...sampai berangkutan anak beranak ke sekolah...tanggungjawab punya pasal....kesian juga cikgu ni...aku merenung jauh, sekali kita berada di jalan ni....sekali itu jugala kita terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab dan akibatnya....istilah cikgu hanya mengajar, gaji besar, cuti banyak, hidup mewah...hanya retorik pandangan luar...hakikatnya.....cikgu juga kerani, cikgu juga pakar ICT...lagi-lagi zaman moden ni....teringat peristiwa di minggu lalu...pintu bilik guru dibuka kasar....terpacul sesosok tubuh yang kelihatan berserabut....

"Arghhhh...rasa macam nak gila pun ada...sistem tak boleh masuk.....lepastu semuanya nak cepat....kena buat, kena buat, kena juga buat....dah seminggu aku bertengek depan laptop hampir 3 pagi..."

Huhuhu....cerita cikgu memang macam-macam...tension berkilo2...

Ahad, 10 November 2013

Selipar dari tayar


Pertama kali melihat gambar ini, saya tersenyum lucu...
Selipar yang hampir sama dengan selipar yang abang saya guna..
dan...akhirnya terkeluar perkataan kreatif dari mulut saya..

Terpaksa dan dipaksa..
Manusia bila dalam keadaan terdesak, secara tidak 'sengaja' dia mampu jadi dan buat apa sahaja....
secara tidak langsung segala idea yang tidak relevan datang bertandang..
Terpaksa kata ya aku mesti boleh dan akan perlu buat...
Tiadala lagi perkataan "akan" atau "tengoklah nanti"..

Bagaimana mewujudkan situasi terpaksa dan dipaksa?
kebiasaannya keadaan ini akan wujud tanpa diduga, ketika kita belum bersedia...namun yang peliknya kita masih mampu untuk lakukannya.. 
Bagaimana bila kita sudah menduga keaadaanya dan cukup bersedia, pasti kita mampu lakukan jauh lebih baik?


Daripada pengalaman saya, saya cuba menukar setiap perkataan kepada saya mesti buat, saya perlu buat dan saya boleh buat...saya cuba menyingkirkan perkataan akan dan tunggula nanti...
Hasilnya saya berjaya mewujudkan suasana mendesak kepada diri sendiri...
Saya mencabar diri sendiri...saya menanamkan walau apapun saya perlu buat...saya perlu mencuba...

dan
perkara yang sentiasa ada dalam setiap tindakan:
Usaha, doa dan tawakal...


selamat mencuba...:)





First @ Foremost

Assalammualaikum dan salam sejahtera, seindah pembuka kata bukan sahaja dalam setiap majlis malahan dalam setiap perbualan harian kita...

Fuh.....Selesai juga buat blog! Ni sebab gila berblog ataupun memang dah gatal tangan...asyik teringat nak menaip, nak bercerita...dan akhirnya lahirla heroinmenulis.blogspot.com...ni sebab terikut-ikut cerita lama nak jadi super girl yang tidak tercapai...last-last timbul lah idea perkataan 'heroin' tersebut...huhu (ketawa sopan)

Blog ni saja 'dilahirkan' untuk berkongsi cerita...apa yang baik dapatla diamalkan bersama dan yang tidak baik tu boleh la diperbetulkan...

Mengenai saya...saya hanyala seorang manusia, hamba Allah , orang kampung, bekerja di sekolah, memakai tudung dan yang penting hanyalah insan biasa yang sedang meniti kehidupan seperti manusia-manusia yang lain...insan yang adakalanya membuat kesilapan, terjatuh dan gagal...semoga Allah akan terus memberi kekuatan dalam setiap langkah...insyaAllah....:)